APA ITU ARCA???
Berdasarkan buku ART FUNDAMENTALS
THEORY AND PRACTICE hasil penulisan Ocvirk
Stinson Wigg Bone Cayton Definisi arca
mempunyai makna yang berbeza-beza dengan meliputi pelbagai aspek pelaksanaan
sejarah. Perkataan arca ini berasal daripada kata kerja ukiran Latin, yang
merujuk kepada proses ukiran, memotong, atau membuat ukiran. Definisi Orang
Yunani purba' arca juga termasuk dalam pembuatan pemodelan bahan-bahan tersebut
yang mudah dibentuk seperti tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka
dalam melegakan (dengan kedalaman yang cetek) atau pada pusingan (berdiri
sendiri-freestanding). Dengan bahan-bahan ini, orang-orang Yunani membangunkan
standard yang ideal bagi bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir.
Definisi Lain Arca:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Di mana?
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Sejarah Seni Arca:
Sejarah penemuan terawal seni
arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat
yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah
membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir,
Yunani, Mesopatamia, China dan India. Arca yang dihasilkan pada masa itu
berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai. Di Eropah - hasil penemuan
arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai
disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca
‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin. Generasi muda yang turut melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.
Ciri-Ciri Arca:
Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan. Dalam proses
menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan
kepelbagaian hendaklah diambil kira.
Jenis-Jenis Arca:
Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Arca Timbulan (Relief)
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak.
Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Arca Replika
Arca-arca
Yang Terdapat Di Malaysia
Antara arca awam yang awal di Malaysia. 4 tokoh penjajah British yang
diagungkan menggunakan medium arca awam dengan tujuan mengesahkan keberadaan
serta persepsi mereka sebagai hero di Tanah Melayu. Atas kiri Francis Light,
atas kanan Frank Swethnam. Bawah kiri Stamford Raffles, bawah kanan Robert
Walker.
Bangunan stesen keretapi di Tanjong Pagar turut terdapat karya–karya arca
timbulan di bahagian hadapannya. Arca timbulan tersebut mempunyai empat
imej figura di setiap tiang bahagian hadapan bangunan. Arca timbulan
tersebut membawa simbol pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri.
Pengarca Angelo Vannetti* dengan kerjasama dari firma Raoul Bigazzi (pembekal
marmar dan gangsa) telah mengukir arca timbulan tersebut. Berbeza dengan
arca timbulan di bangunan RRIM yang mempunyai timbualan yang rendah (low relief
), arca timbulan di KTM ini tinggi menonjol keluar (high relief) Disamping itu
terdapat mural di kedua-dua dinding yang tinggi pada ruang menunggu di dalam
bangunan, mural tersebut menggambarkan sisioekonomi di Tanah Melayu
ketiku itu. Lakaran aktiviti perlombongan timah, sawah padi, penanaman getah
dan tongkang China yang sedang berlabuh mengingatkan asal usul Singapura yang
berada dalam Tanah Melayu suatu waktu dulu. Bangunan yang dibina dalam tahun
1932 itu ia tetap membawa identiti Tanah Melayu.
Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang
pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di
Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan
ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk
memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia
Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.
Penghujung tahun 2010 dua arca awam lagi telah dibina di Bandaraya Kuala
Lumpur. Sebuah syarikat telekomunikasi yang gah Aixata telah meminta pengarca
terkenal Ramlan Abdullah untuk membina arcanya di perkarangan
bangunan baru mereka di kawasan KL Senteral. “Prisms by
Axiata” 2010 menjadi arca berstruktur setinggi 24.2 meter dan yang
tertinggi setakat ini di Malaysia. Menjadi ikon terbaru Axiata dan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas 13 tahun arca ‘keris’ oleh Abdul Latiff Mohidin di taja
oleh Maybank. Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah
arca oleh Yusof Gani telah di bina di Menara Maybank untuk menjadi teman
kepada arca ‘keris’. Dengan tajuk ‘Segerak- One Movement
,1Malaysia’ , arca ini berdiri gagah membawa inspirasi 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.
aris dan getah.
saya suka3
ReplyDelete