TOKOH-TOKOH ARCA DI MALAYSIA
Abdul
Latiff Mohidin
Nama Sebenar ialah Abdul
Latiff Bin Haji Mohidin. Nama Pena beliau A. Latiff Mohidin dan Alma. Beliau
dilahirkan pada 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan Darul
Khusus. Antara hasil karya beliau yang terkenal adalah :-
Puisi
Sungai Mekong, Pesisir Waktu, Lagu Kehidupan,
Kembara Malam, Wayang Pak Dalang
Terjemahan
Bantai Impian, Gintanjali
Lukisan
Pago-pago, Mindscape, Langkawi
Anugerah
Anugerah Puisi Putra I, Anugerah
Penulis Asia Tenggara, Anugerah Menteri Kebudayaan Perancis
Pandangan Abdul Latiff Mohiden terhadap Seni
Beliau pernah menyebut
bahawa: “Umumnya Seniman Moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk
mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang paling penting ialah bagaimana
memperlihat keaslian, kesungguhan dan kesegaran berkarya”.
“ Keris”
Abdul Latiff
Mohidin
1987,
Malaysia
Bayu Utomo Radjikin
Bayu Utomo Radjikin
dilahirkan pada 20 Mac 1969 di Tawau, Sabah. Beliau telah telah mendapat
pendidikan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor dalam bidang seni
halus. Antara pencapaian beliau ialah pernah menerima Anugerah Utama ‘91
Kontemporari Young, Anugerah Khas One World- No War, dan Anugerah Kecil Salon
Malaysia ‘91/’92.
Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk Arca : "Bujang Berani"
Tahun : 1991
Bahan : Logam dan POP
Ukuran : 55x100x100cm
Lang Kacang
1991 (Malaysia)
Bayu Utomo Radjikin
Raja Shahriman Bin Raja Aziddin
Nama penuh beliau ialah
Raja Shahriman bin Raja Aziddin. Raja Shahriman telah dilahirkan pada 17
november 1967 di Kuala Kangsar, Perak. Anak kelahiran negeri perak ini telah
menerima pendidikan di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Diploma in Art
& Design (Fine Art), (Majoring in sculpture).
Semangat Besi
2000
Raja Shariman Raja Aziddin
The Killing Tools
1994
Raja Shariman Raja Aziddin
TOKOH-TOKOH ARCA DUNIA (LUAR MALAYSIA)
Donato di Niccolo di
Betto Bardi
Donato di Niccolo di Betto Bardi juga
dikenal sebagai Donatello, adalah seorang seniman dan pematung Italia dari Firenze pada awal abad Renaissance. Ia dikenal sebagai salah satu
pematung terbaik pada zamannya. Ia menggunakan tipe khusus dalam teknik
mematung yang membuat karyanya terlihat sangat nyata. Lahir di Niccolo di Betto
Bardi sekitar tahun 1386 Firenze, Italia. Kewarganegaraan Florentiana, Italia. Mendapat
pendidikan di Lorenzo Ghiberti. Beliau
dikenal kerana seni patung. Karya terkenal beliau adalah St. George, David, Equestrian Monument of Gattamelata. Beliau
meninggal pada 13 Disember 1466 (umur 80) di Firenze, Italia .
Arcawan : Donatello,
Tajuk Arca : "David" (1416)
Itali
Henry
Moore
Henry Spencer Moore (30 Julai 1898 - 31 Ogos 1986) merupakan seorang seniman berkebangsaan Inggeris.
Henry Moore merupakan salah satu seniman patung paling
terkenal pada abad ke-20. Moore memutuskan untuk menjadi
pematung pada usia 11 tahun setelah ia mendengar cerita tentang seniman patung
terkenal Italia,
Michaelangelo. Dalam era Perang Dunia Pertama, Moore bergabung dalam militer dan setelah itu ia mendapat
beasiswa pada sekolah seni Royal College of Art di London. Awalnya, karya-karya
Moore dianggap jelek oleh gurunya karena menggabung-gabungkan unsur seni patung
Mesir, Oseania, Afrika, dan lain-lain. Setelah lulus dari sekolah seni, ia
memulai kariernya sebagai pematung dan sedikit demi sedikit akhirnya
karya-karyanya mendapat penghargaan. Pada tahun 1946, karyanya mendapat pengakuan dari Museum of Modern
Art dan pada tahun 1948 dia memenangkan hadiah utama untuk karya seni patung
pada festival seni Venice Biennale ke-24. Sejak saat itu, reputasi Moore
menanjak dan karya-karyanya banyak mendapat sambutan masyarakat. Karya-karya
utama Henry Moore diantaranya patung yang dipajang di markas UNESCO di Paris, di Lincon Centre di New
York, dan di University of Chicago. Henry Moore meninggal dunia tahun 1986.
Arcawan : Henry Moore
Tajuk Arca : "Reclining Figure"
Alberto
Giacometti
Alberto
Giacometti dilahirkan pada 19 Oktober 1901 di Borgonovo, Stampa, Graubunden,
Switzerland. Beliau merupakan warganegara Switzerland. Mendapat pendidikan di The
School of Fine Arts, Geneva. Beliau terkenal dalam bidang Sculpture, Painting
dan Drawing. Aliran surrealisme, Ekspresionisme, Kubisme, Formalisme. Pasangan
(s) Annette Arm. Anugerah "Grand Prize for Sculpture" at 1962 Venice
Biennale. Meninggal dunia pada 11 Januari 1966 pada umur 64 tahun di Chur,
Graubunden, Switzerland.
Arcawan : Alberto Giacometti
Tajuk Arca : Figure
terima kasih
ReplyDeletesikit,tapi bolelah
ReplyDeletesikit jga
ReplyDelete